Pages

Thursday, 9 May 2013

MASALAH PERIBADI DALAM TERJEMAHAN

Assalamualaikum,


Masalah-masalah peribadi yang dialami penterjemah seringkali berhubung rapat dengan subjek, bahasa penerima, ciri-ciri komunikasi dan kaedah terjemahan yang sepatutnya digunakan. Di antara masalah-masalahnya ialah:-

  1. Terlalu mengetahui bidang yang tertentu

Penterjemah yang terlalu faham akan sesuatu bidang dalam sesuatu bahasa akan mudah menganggap pembaca juga tahu apa yang diketahui mereka. Oleh kerana itu, penterjemah akan menterjemah sesuatu bahan itu pada suatu peringkat yang tidak dapat difahami pembaca. Disebabkan kefahaman yang tinggi akan sesuatu bidang itu, apa bentuk terjemahan sekalipun difahami mereka. Namun, perkara yang sama tidak semestinya berlaku kepada para pembaca.

  1. Menerima ‘translationese’ tanpa soal jawab

Penterjemahan bahan-bahan bacaan seringakali diterima tanpa soal jawab di mana mereka menganggap bahawa penyampaian bahasa bahan-bahan yang sudah diterjemah itulah satu-satunya bentuk penterjemahan daripada bahan asing. Hal ini biasanya akan menyebabkan pembaca mudah terjerat oleh ‘translationese’ dan mengabaikan penggunaan bentuk-bentuk yang lebih original dalam bahasanya sendiri.

  1. Tidak yakin pada bahasa sendiri

Ramai yang rasakan bahasa asing adalah lebih baik daripada bahasa kita sendiri. Oleh sebab itu, apabila mereka melakukan kerja-kerja penterjemahan, mereka meminjam terus perkataan bahasa asing ke dalam bahasa kita dan berasa yakin bentuk itu adalah betul.

  1. Keinginan untuk mengekalkan misteri sesuatu bahasa

Kebiasaannya ramai penterjemah berasa sekiranya terjemahan telah dibuat, maka terjemahan tersebut hendaklah jelas dan terang. Justeru, akan hilanglah misteri yang ada dalam teks asal.

  1. Kurang pengetahuan tentang terjemahan

Kebanyakan orang menyangka bahawa terjemahan sekadar menggantikan perkataan-perkataan dalam bahasa sumber kepada bahasa penerima. Sebaliknya, pakar terjemahan telah dapat membuktikan bahawa ayat sahaja tidak memadai tetapi harus diganti dengan perenggan malah kalau boleh seluruh wacana. Sekiranya ini gagal dilakukan kita akan terlupa tentang adanya unsur-unsur peralihan di antara ayat. Struktur seluruh karangan itu mestilah diperhatikan supaya semua unsur yang terkandung dapat dipadukan menjadi suatu kesatuan yang bermakna.

KELAYAKAN MENTERJEMAH

Assalamualaikum, sekadar perkongsian bersama.


Seringkali diperkatakan bahawa untuk menjadi seorang penterjemah, apa yang diperlukan hanyalah kebolehan untuk berkomunikasi dalam dua atau lebih bahasa. Setiap bidang dalam dunia ini mempunyai pakar-pakarnya sendiri. Sama bagi bidang penterjemahan ini, terdapat pakar-pakarnya yang juga telah menetapkan empat panduan utama untuk menjadi seorang penterjemah yang baik. Empat panduan tersebuat adalah seperti berikut:-

  1. Mengetahui dan memahami bahasa sumber

Bahasa sumber – bahasa asal yang hendak diterjemah ke bahasa yang kedua. Contohnya, dalam artikel bahasa Melayu yang diterjemah kepada bahasa Inggeris, maka oleh itu, bahasa sumbernya ialah bahasa Melayu.

Dengan mengetahui bahasa sumber, ia dapat membantu penterjemah membezakan maksud sebenar teks asal dan dengan itu, seseorang penterjemah itu dapat menterjemah maksudnya dengan lebih tepat.

  1. Mengetahui dan memahami bahasa penerima

Bahasa penerima – bahasa ke dalam mana teks asal itu akan diterjemah. Contohnya, dalam aritkel bahasa Melayu yang diterjemah kepada bahasa Inggeris, maka oleh itu, bahasa penerimanya ialah bahasa Inggeris.
Sama peranannya seperti bahasa sumber, pengetahuan tentang bahasa penerima dapat membantu dalam menterjemahkan sesuatu bahan dengan lebih tepat. Seseorang penterjemah itu harus menguasai bahasa penerima dan bahasa sumber sebaik-baiknya. Pendek kata, penguasaan kedua-dua bahasa membantu dalam proses penterjemahan dalam menjadikan sesuatu bahan dapat diterjemahkan dengan baik tanpa lari daripada maksudnya yang asal.

  1. Pengetahuan dalam bidang yang diterjemah

Penterjemah bukan sahaja harus memahami kedua-dua bahasa sumber dan bahasa penerima tetapi juga mengetahui secukupnya bidang yang hendak diterjemah. Ini adalah kerana bidang–bidang seperti perundangan, perubatan mengandungi terma–termanya yang khusus.

  1. Mengetahui teori dan amalan terjemahan

Penting bagi seorang penterjemah itu untuk mengetahui melengkapkan diri dengan pengetahuan dalam bidang penterjemahan terlebih dahulu. Pengetahuan yang dimaksudkan ialah segala konsep-konsep teori supaya cara penterjemahan yang betul dapat diaplikasikan.

Thursday, 2 May 2013

Mari Belajar Peribahasa Arab

Assalamualaikum, kali ini kami ingin memberi sedikit perkongsian tentang ilmu peribahasa arab dan padanannya dengan peribahasa melayu. Tidak semua peribahasa arab itu sama maknanya dengan peribahasa melayu. Akan tetapi kita boleh memadankannya dengan memberi makna yang hampir sama. Semoga ilmu ini dapat memberi manfaat kepada kalian.


إن عليك جرشا فتعشه
Peribahasa arab / المثل العربي
إنَّ عليكَ جَرْشًا فَتَعَشَّه

Maksud & Penggunaan / معنى المثل  واستخدامه
Jangan tergopoh gapah dalam melaksanakan sesuatu perkara

Padanan Peribahasa Melayu / المثل الملايوي المطابق
Biar lambat asal selamat

الحاجة تفتق الحيلة
Peribahasa arab / المثل العربي
الحاجة تفتق الحيلة

Maksud & Penggunaan / معنى المثل  واستخدامه
Kehendak yang kuat akan membawa kepada usaha yang bersungguh-sungguh untuk mendapatkannya.

Padanan Peribahasa Melayu / المثل الملايوي المطابق
Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih













Akhir sekali, marilah kita beramai-ramai membeli kamus peribahasa arab untuk penambahan ilmu.

Wednesday, 1 May 2013

Memahami bahasa dan budaya Arab melalui Peribahasa Arab

Salam, sekadar ingin berkongsi ilmu berkenaan peribahasa arab. Mudah-mudahan ilmu kita akan bertambah dan lebih mudah untuk memahaminya. Amin.. Selamat beramal kawan-kawan.

Tajuk: Bermusafir itu Azab


السفر (as-safar) : pengembaraan

قطعة (qit'ah) : sepotong

من (min) : daripada

العذاب (al-azab) : penyeksaan


Penerangan:

Banyak dugaan ketika belayar dan mengembara. Zaman dulu, mereka mengembara menunggang unta. Perjalanan sampai berbulan-bulan. Berjauhan daripada orang tersayang dan tanahair cukup menyeksakan. Ditambah lagi dengan layanan di negara orang dan banyak lagi kesusahan. Jadi, mengembara adalah sebahagian daripada azab yang menyeksakan.


Tajuk: Indah Khabar Dari Rupa


تسمع (tasma') : awak dengar

ب (bi) : dengan / pasal

المعيدي (al-Muaidiy) : Al-Muaidiy

خير (khairun) : lebih baik

من (min) : daripada

أن (an) : bahawa

تراه (tara-hu): awak melihatnya


Penerangan:

Al-Muaidiy adalah seorang terkenal. Namanya sebut oleh semua orang kerana kehebatannya. Tertarik dengan apa yang didengar tentang al-Muaidiy ini, seorang lelaki mengembara bagi menemui al-Muaidiy. Apabila bertemu dengan al-Muaidiy, baru dia tahu yang sebenarnya al-Muaidiy itu tidaklah sehebat apa yang didengar. Peribahasa ini sama dengan perbahasa Melayu : indah khabar dari rupa.


Tajuk: Perosak pendapat



آفة (afat) : perosak

الرأي (ar-ra'y) : pendapat / pandangan

الهوى (al-hawa) : kehendak diri


Penerangan: 

Bila kita diminta memberi pendapat dalam sesuatu perkara atau isu, kebenaran dan logik adalah asas penting bagi pendapat itu. Kalau pendapat itu hanya mempunyai kepentingan peribadi atau kehendak sendiri, maka pendapat itu dikira rosak dan tidak boleh diguna pakai. Contohnya; kawan meminta pendapat anda untuk membeli sebuah rumah. Anda mengesorkanya supaya jangan membeli rumah tersebut. Sebenarnya anda mempunyai kepentingan tertentu. Contohnya rumah itu lebih besar daripada rumah anda atau sebagainya.