Pages

Saturday, 30 March 2013

E-BOOK JUMARNI MUHEIN


CONTOH KARANGAN ARAB


PERKATAAN ASAS DALAM BA

صَبَاحَ الخَيْرِ.

صَبَاحَ النُّوْرِ.

كَيْفَ الحاَلُ؟
الحمد لله، أنا بِخَيْرٍ. وأنتَ، كيف الحال؟

ما اسمك؟ اسمي أحمد. 
أهلا وسهلا

إلى اللقاء.
مع السلامة.




selamat pagi
selamat pagi



apa khabar?
alhamdulillah, baik. Awak pula apa khabar?



Apa nama awak?
Nama saya Ahmad
Selamat datang



Jumpa lagi

Selamat jalan

Tuesday, 26 March 2013

Tokoh Penterjemah Al-Quran ke Bahasa Jepun


Assalamualaikum,,sekadar ingin berkongsi pengetahuan tentang seorang tokoh penterjemah jepun yang mampu menterjemah Al Quran. Semoga mendapat manfaat.

KIsah Seorang Tokoh Penterjemah..

Imam Shūmei Okawa (大川 周 明 Shūmei Okawa, December 6, 1886 – December 24, 1957) adalah seorang pejuang nasionalis Jepun, seorang penulis Pan-Asia dan juga merupakan seorang ulama Islam.Imam Okawa telah dilahirkan di Sakata, Yamagata, Jepun pada tahun 1886. Beliau berkelulusan dari Universiti Imperial Tokyo pada tahun 1911, di mana beliau telah mengkaji Kesusasteraan Vedik dan falsafah klasik India.

Selepas tamat pengajian, Okawa pernah bekerja di bawah Ketua Turus Angkatan tentera Jepun melakukan kerja-kerja penterjemahan. Beliau juga mempunyai pengetahuan yang mantap dalam bahasa Jerman, Perancis, Inggeris, Sanskrit dan Bahasa Arab. Beliau juga pernah menjadi seorang professor di Universiti Hosei pada tahun 1939. Selepas beberapa tahun membuat kajian falsafah asing, beliau menjadi semakin yakin bahawa penyelesaian kepada masalah sosial dan masalah politik yang menekan Jepun ialah dengan kembali kepada kebangkitan falsafah tradisional ketimuran Jepun.

Tidak dapat dipastikan tarikh sebenar beliau memeluk Islam. Namun beberapa bahan penulisan menyatakan bahawa peranan yang dimainkan oleh beliau dan anak muridnya yang bernama Toshihiko Izutsu telah didapati boleh menggugat kedudukan pihak penjajah AS pada ketika itu sehingga menyebabkan beliau telah ditangkap dan disumbatkan kedalam penjara tentera AS. Imam Shūmei Ōkawa cukup berpengaruh di dalam kerajaan dan juga sebagai ahli akademik di Jepun ini telah kategorikan sebagai banduan kelas A (bahaya) oleh pihak tentera bersekutu.

Beliau telah dituduh sebagai seorang yang mengalami ketidakstabilan mental sehingga dimasukkan ke Hospital Tentera AS di Jepun sebelum kemudiannya dipindahkan ke Tokyo Metropolitan Matsuzawa Hospital, sebuah hospital mental yang terkenal. Beberapa bahan penulisan menyatakan bahawa Imam Shūmei Ōkawa pernah bermimpi bertemu dengan Rasulullah saw dan di sepanjang keberadaannya di hospital inilah beliau telah menyiapkan terjemahan Al Quran ke dalam bahasa Jepun yang pertama. Beliau keluar daripada hospital tersebut pada tahun 1948 dan balik semula ke kampungnya di Sakata untuk berdakwah sehingga menghembuskan nafasnya yang terakhir pada tahun 1957.

Subhanallah, Alhamdulillah…. semua orang yang membaca al Qur’an di Jepun pastinya dapat mensyukuri nikmat memahami isi pati al Qur’an hasil daripada pengorbanan Imam Okawa selama ini.

Monday, 25 March 2013

Jom Belajar Bersama Kami



1) Pecahan & Terbitan Asal Perkataan.

Setiap perkataan arab mempunyai keluarganya masing-masing iaitu setiap satu asal perkataan boleh beranak-pinak menjadi dan membentuk perkataan yang lain.
Contohnya cuba lihat jadual dibawah: -






2) Ringkas dari segi tulisan:
Huruf-huruf Arab ditulis dengan begitu ringkas dan bersambung antara satu sama lain.
Sebagai contoh sila lihat dalam jadual dibawah: -






Bersalahan dengan bahasa Melayu dan Inggeris perlu menulis satu-satu huruf.  Sebagai contoh huruf m, a, s, j, i dan semuanya kekal bentuknya apabila ditulis iaitu masjid.
Apabila huruf-huruf Arab berulang atau berganda atau sebutannya hampir sama, ia tidak ditulis atau dimasukkan ke huruf seterusnya(Idgham).  Begitu juga terdapat huruf yang dibuang.
Sebagai contohnya dalam jadual di sebelah:

3) Ringkas dari segi jumlah huruf dalam perkataan :
Perkataan Arab berasal dari tiga huruf.  Ini bermakna walaupun 3 huruf, setiap perkataan akan memberi makna-maknanya tersendiri.  Dari tiga huruf juga perkataan Arab boleh mengurang kepada 2 huruf atau satu huruf dan memberi makna-maknanya tersendiri.  Cuba lihat perbandingan dibawah :
4) Bilangan Dalam Bahasa Arab Ringkas:
Apabila mahu menyatakan sesuatu itu dua dalam Bahasa Arab, hanya perlu menambah huruf alif dan nun atau ya’ nun pada mana-mana kata nama.  Contohnya seperti di bawah:
Dari contoh-contoh dalam jadual di atas menunjukkan Bahasa Arab juga tidak ada penjodoh bilangan seperti sebuah, seorang, sesikat, seekor dan seumpamanya.
Jika mahu menunjukkan ramai dalam Bahasa Arab hanya perlu menambah huruf wau dan nun atau ya’ dan nun atau alif dan ta’ bersalahan dengan Bahasa Melayu perlu menambah perkataan ramai atau banyak disertai dengan penjodoh bilangan seperti orang, ekor, ikat dan seumpamanya.  Contoh seperti dibawah: -
5) Huruf Vokal Bahasa Arab Hanya 3 Huruf
Huruf vokal dalam Bahasa Arab hanya 3 huruf sahaja iaitu huruf mad(alif, wau dan ya’).  Ini bersalahan dengan Bahasa Malayu dan Bahasa Inggeris huruf vokalnya ada 5 iaitu a, e, i, o dan u.
6) Sebutan huruf-huruf Arab
Sebutan huruf-huruf Arab bermula dari dua bibir hingga ke akhir halkum bersalahan dengan bahasa-bahasa lain .
Contohnya sila lihat jadual di sebelah :-




Definisi & Ciri Terjemahan






1. Definisi Dan Ciri Terjemahan 


  •  Menurut Kamus Dewan perkataan terjemahan bermaksud ( memindahkan 

            daripada suatu bahasa kepada bahasa yang lain)


  • Dalam bahasa Arab pula terjemahan disebut sebagai tarjamat . Menurut Hakim 

          bin Zainal perkataan tarjamah ini mempunyai tiga makna : 

                   a)  Pentafsiran dan penerangan dengan bahasa yang sama dan ia disebut                  
                        sebagai tafsir.
                    b) Pentafsiran dan penerangan dengan bahasa yang lain dan ia disebut sebagai 
                         terjemah tafsir. 
                    c)  Memindahkan dari satu bahasa ke bahasa lain. Ia terbahagi kepada dua: 
                         terjemahan harfiah dan terjemahan makna. Makna ketiga inilah yang 
                         dimaksudkan tetapi ia masih bersifat umum . 

  •  Ada yang mendefinisikan terjemahan sebagai proses mengubah hasil 

          percakapan/teks dalam sesuatu bahasa kepada hasil percakapan/teks dalam bahasa 
          yang lain dengan memelihara isi kandungannya, iaitu makna3

  •  Apa yang  ditekankan ialah aspek makna yang harus dipelihara antara bahasa teks  terjemahan dan sasaran dengan kata lain aspek ketepatan/kesamaan/kesepadanan isi semaksima yang mungkin. Dalam konteks perkataan teori Ciri Pembentukan Perkataan boleh diaplikasikan dan diketengahkan.  
  • Aspek bentuk dan bahasa harus diberi penekanan . Kesepadanan bentuk menuntut membina gaya bahasa yang paling hampir dengan gaya bahasa teks asal. Teks sastera harus menampakkan kesusasteraannya. Kesepadanan bentuk boleh memberi persamaan reaksi. 
  •  Definisi yang agak lengkap ialah pemindahan dari satu bahasa ke satu bahasa yang lain dengan memelihara kesepadanan makna dan bentuk yang boleh melahirkan persamaan reaksi. 



  • Terjemahan bukanlah satu kaedah yang statik, bahkan ia merupakan satu seni, cita rasa dan satu kemampuan mencipta serta mengadaptasikan teks terjemahan dari segi inspirasi dan isinya. Ia merupakan satu proses membina dan menstruktur semula teks secara menyeluruh.

 Contohnya: 

ﱂ ﻳﻘﻊﺍﻟﺰﳐﺸﺮﻯ ﻓﻴﻤﺎﻭﻗﻊﻓﻴﻪ ﺳﻮﺍﻩ ﻣﻦ ﺍﳌﻔﺴﺮﻳﻦ ﻣﻦ ﺍﻻﻏﺘﺮﺍﺭﺑﺎﻟﻘﺼﺺ ﺍﻹﺳﺮﺍﺋﻴﻠﻴﺔ o
Zamaksyari tidak seperti pentafsir-pentafsir lain yang tertipu/terpengaruh 
dengan cerita- cerita Israiliyat . 

ﻓﺎﳉﻬﻞ ﻛﺎﻟﺪﺍﺀﻭﺍﻟﻜﺸﺎﻑ ﻛﺎﻟﺸﺎﰱ o
 Kejahilan itu bak penyakit dan Kasyafku bagai penawarnya. 

ﻭﻋﺎﺵ ﺍﻟﺰﻭﺟﺎﻥ ﺍﻟﻄﻴﺒﺎﻥ ﰱ ﺣﻴﺎﺓ ﺻﺎﳊﺔ ﻣﻨﺢ ﻛﻞ ﻣﻨﻬﻤﺎ ﻟﻶﺧﺮ ﻣﻈﺎﻫﺮ ﺍﳊﺐ ﻭﺍﻟﺜﻘﺔ o
Hiduplah sepasang suami isteri yang baik itu dalam kehidupan yang 
harmoni , saling sayang-menyayangi dan percaya-mempercayai. 

ﺃﻧﺎ ﺃﻏﲎ ﺍﻟﺸﺮﻛﺎﺀﻋﻦ ﺍﻟﺸﺮﻛﺔ o
Aku adalah zat yang pantang disekutui 

UNTUKMU YANG MERINDUI KEBAIKAN


Sahabat,,
SEMATKAN DALAM HATI KITA SEMUA....JANGAN KITA SUKA MENGHUKUM ORANG LAIN...HITUNGLAH KEBURUKAN DAN KEKURANGAN DIRI KITA MAKA KITA TIDAK AKAN ADA MASA UNTUK MENGINTAI DAN MEMPERKATAKAN KEBURUKAN ORANG LAIN...


Hari ini dia mungkin tidak bertudung, esok lusa mungkin dia adalah yang paling IKHLAS menutup auratnya...

Hari ini dia mungkin seorang yang kaki mencarut,esok lusa mungkin dia adalah yang paling LEMBUT bicaranya...

Hari ini dia mungkin seorang yang INGKAR kepada Allah SWT, esok lusa mungkin dia adalah yang paling ISTIQAMAH melaksanakan QIYAMULLAIL di kala kita semua sedang lena...

Kita tidak pernah tahu dan tidak akan tahu.. Tugas kita bukan me'NERAKA'kan orang. Tetapi...mengajak manusia ke jalanNya dan saling doa mendoakan... Jangan HINA permulaan seseorang... Kerana kita TIDAK tahu bagaimana pengakhirannya....