Pages

Monday 27 May 2013

Ketaksaan dan Kekaburan Makna

Assalamualaikum w.b.t.

Hari ini mari kita bersama-sama memahami maksud ketaksaan dan kekaburan makna dalam ayat. Kami pasti ramai yang masih belum memahaminya bukan? Jadinya, disini kami akan share beberapa maklumat.

Ketaksaan ialah perkataan atau ayat yang mengandungi lebih daripada satu makna. Jika kita perhatikan ayat ini she has good legs. Ayat tersebut mungkin membawa maksud wanita itu mempunyai kaki yang sihat (tiada tulang yang patah, tiada buku lali yang lemah dan sebagainya)  atau mungkin memberi maksud wanita itu mempunyai kaki yang cantik atau wanita ini mempuyai kaki yang baik fungsinya. Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat mandefinisikan taksa ialah sesuatu yang mempunyai makna yang kabur, menyangsikan, meragukan, boleh menimbulkan lebih daripada satu makna atau tafsiran. Darwas Harahap, 1994: 41 menyatakan taksa ialah ayat ayat yang tidak pasti maknanya.

Kekaburan pula dapat dibahagikan kepada empat jenis yang dijumpai dalam bahasa. Jenis pertama ialah kekaburan rujukan, kedua ketidakpastian makna, ketiga kurang ketentuan pada makna item itu dan keempat pertentangan pada penentuan makna item. Kekaburan rujukan bermaksud item itu pada dasarnya sudah cukup jelas tetapi sukar ditentukan sama ada item itu dapat digunakan pada benda-benda tertentu.

Sekian daripada kami.

1 comment: