Pages

Tuesday 14 May 2013

RaMaDan BAkal MenjElMA

Ramadan yang kita tangisi pemergiannya hampir setahun lalu kini bertandang lagi. Kita yang beriman dan yakin pada janji Allah menanti kehadiran bulan penuh berkat ini dengan pelbagai perasaan.

Seronok dan bimbang. Seronok kerana diberi peluang berjumpa dan beramal dengan bulan yang penuh berkat. Bimbang kerana kurang yakin ibadah maksimum akan dapat dilaksanakan. Risau, takut amal tidak membuahkan takwa yang diharapkan.

Sesungguhnya kelebihan dan keistimewaan Ramadan bukan lagi satu rahsia. Allah sudah memilih daripada bulan ini satu detik paling bersejarah dalam kehidupan umat sejagat, iaitu detik turunnya kitab suci paling agung. Kitab yang diturunkan khusus untuk memimpin tangan manusia ke jalan yang benar.

Ramadan juga mencatat sejarah gemilang kemenangan golongan yang membawa panji kebenaran ke atas golongan mustakbirin yang mempunyai kekuatan material tiga kali ganda dalam Ghazwah Badar al-Kubra.

Ketibaan etibaan sekali lagi Ramadhan, untuk kita memperbetulkan diri, meningkatkan iman dan mempersiapkan kekuatan serta bekalan. Seperti doa diajarkan Rasulullah SAW kepada kita.

Apabila Rasulullah SAW melihat anak bulan Rejab dan Syaaban, Baginda membaca bermaksud:

Ya Allah rahmatilah kami dengan Rejab dan Syaaban, dan sampaikan kepada kami Ramadan. ( Hadis Riwayat at-Tabrani dan Ahmad)

Bulan itu bukan sekadar nikmat, tetapi penuh ujian serta peluang melipat gandakan amal dakwah mendekatkan kita pada jalan Allah.  Malah pahala di bulan Ramadhan lebih berlipat ganda.

Ketika Ramadhan menjelang, Rasulullah SAW bersabda bermaksud:

Wahai manusia, menjelang tiba bulan agung lagi berkat. Bulan yang didalamnya ada satu malam lebih baik daripada 1000 bulan. Sesiapa mendekatkan diri dgn mengerjakan amalan fardhu seolah-olah mendpat 70 pahala fardu pada bulan lain. Sesiapa mendekatkan dirinya dgn amalan sunat, seolah olah dia mendapt pahala amalan fardhu pada bulan yang lain. Ini ialah bulan sabar iaitu bulan yang awalnya rahmat, tengahnya keampunan, dan akhirnya selamat dari neraka ( Hadis Riwayat Ibn Khuzaimah)

ANTARA PERSIAPAN YANG PERLU DILAKUKAN MENJELANG RAMADHAN :

 

1) Persediaan diri untuk berpuasa. Seminggu sblm berpuasa kita dikehendaki mengurangkan kadar makan kita dan lebihkan sayur-sayuran

2) Memahirkan diri dengan segala rukun, sunat, harus, makruh yang berkaitan dengan puasa pada Ramadhan, sunat tarawih dan lain-lain lagi.

3) Membiasakan diri bangun pada sepertiga malam untuk bertahajud, mendekatkan diri pada Allah. Sebagai persediaan membiasakan tarawih dan tahajud pada Ramadhan . Ramadhan adalah bulan rukuk dan sujud.

4) Memperuntukan beberapa jumlah wang untuk dijadikan sedekah jariah dan zakat fitrah. Bagi mereka yang sudah akil baligh, maka belajarlah membayar zakat fitrah sendiri.

5) Rancang strategi tersusun untuk perbanyakkan hafalan, bacaan, dan tadabbur serta tadarrus al-Quran.

6) Melatih dan membentuk diri bersifat mahmudah, sifat terpuji seperti sabar, membanyakkan senyuman kepada sahabat dan kerabat. Merendam sifat mazmumah, sifat keji seperti memfitnah, mengumpat, dan mengata orang. Kurang bercakap lagha,tidak berbahasa lucah. kotor dan keji.


SeLAmaT BerAmal :-)




No comments:

Post a Comment