Pages

Monday 25 March 2013

Jom Belajar Bersama Kami



1) Pecahan & Terbitan Asal Perkataan.

Setiap perkataan arab mempunyai keluarganya masing-masing iaitu setiap satu asal perkataan boleh beranak-pinak menjadi dan membentuk perkataan yang lain.
Contohnya cuba lihat jadual dibawah: -






2) Ringkas dari segi tulisan:
Huruf-huruf Arab ditulis dengan begitu ringkas dan bersambung antara satu sama lain.
Sebagai contoh sila lihat dalam jadual dibawah: -






Bersalahan dengan bahasa Melayu dan Inggeris perlu menulis satu-satu huruf.  Sebagai contoh huruf m, a, s, j, i dan semuanya kekal bentuknya apabila ditulis iaitu masjid.
Apabila huruf-huruf Arab berulang atau berganda atau sebutannya hampir sama, ia tidak ditulis atau dimasukkan ke huruf seterusnya(Idgham).  Begitu juga terdapat huruf yang dibuang.
Sebagai contohnya dalam jadual di sebelah:

3) Ringkas dari segi jumlah huruf dalam perkataan :
Perkataan Arab berasal dari tiga huruf.  Ini bermakna walaupun 3 huruf, setiap perkataan akan memberi makna-maknanya tersendiri.  Dari tiga huruf juga perkataan Arab boleh mengurang kepada 2 huruf atau satu huruf dan memberi makna-maknanya tersendiri.  Cuba lihat perbandingan dibawah :
4) Bilangan Dalam Bahasa Arab Ringkas:
Apabila mahu menyatakan sesuatu itu dua dalam Bahasa Arab, hanya perlu menambah huruf alif dan nun atau ya’ nun pada mana-mana kata nama.  Contohnya seperti di bawah:
Dari contoh-contoh dalam jadual di atas menunjukkan Bahasa Arab juga tidak ada penjodoh bilangan seperti sebuah, seorang, sesikat, seekor dan seumpamanya.
Jika mahu menunjukkan ramai dalam Bahasa Arab hanya perlu menambah huruf wau dan nun atau ya’ dan nun atau alif dan ta’ bersalahan dengan Bahasa Melayu perlu menambah perkataan ramai atau banyak disertai dengan penjodoh bilangan seperti orang, ekor, ikat dan seumpamanya.  Contoh seperti dibawah: -
5) Huruf Vokal Bahasa Arab Hanya 3 Huruf
Huruf vokal dalam Bahasa Arab hanya 3 huruf sahaja iaitu huruf mad(alif, wau dan ya’).  Ini bersalahan dengan Bahasa Malayu dan Bahasa Inggeris huruf vokalnya ada 5 iaitu a, e, i, o dan u.
6) Sebutan huruf-huruf Arab
Sebutan huruf-huruf Arab bermula dari dua bibir hingga ke akhir halkum bersalahan dengan bahasa-bahasa lain .
Contohnya sila lihat jadual di sebelah :-




No comments:

Post a Comment