Pages

Thursday 14 March 2013

UNTUK MU HAWA

HAWA...
Sedarkah engkau sebelum datangnya sinar Islam, kita dizalimi,hak kita dicerobohi,
Kita ditanam hidup-hidup, tiada penghormatan walau secebis oleh kaum Adam,
Tiada nilai dimata Adam, kita hanya sebagai alat untuk memuaskan nafsu mereka.
Tapi kini bila rahmat Islam menyelubungi alam, bila sinar Islam berkembang,darjat kita diangkat,
Maruah kita terpelihara,kita dihargai, dan dipandang mulia, dan mendapat tempat disisi Allah sehingga
Tiada sebaik-baik hiasan didunia ini melainkan wanita solehah.

Wahai Hawa..
Kenapa engkau tidak menghargai nikmat iman dan Islam itu
Kenapa mesti engkau kaku dalam mentaati dalam ajaranNya
Kenapa masih segan mengamalkan isi kandungannya dan kenapa masih ragu dalam mematuhi perintahnya??

Wahai Hawa,
Tangan yang menggoncang buaian boleh menggoncang dunia,
Sedarlah Hawa kau dapat menggoncangkan dunia dengan melahirkan manusia,
Yang hebat yakni yang soleh dan solehah
Kau bisa menggegar dunia dengan menjadi isteri yang taat serta memberi dorongan
dan sokongan pada suami yang sejati dalam menegakkan Islam di mata dunia,

Tapi Hawa,
Jangan sesekali kau cuba menggoncang keimanan lelaki dengan lembut tuturmu,
dengan ayu wajahmu, dengan lenggok tubuhmu, jangan kau menghentak-hentak kakimu untuk menyatakan kehadiranmu

Jangan Hawa,
Jangan sesekali cuba menarik perhatian kaum Adam yang bukan suami.
Jangan sesekali menggoda lelaki yang bukan suamimu, kerana aku kuatir ia mengundang kemurkaan dan kebencian Allah.
Dan memberi kegembiraan pada syaitan kerana wanita adalah jala syaitan,
alat yang dieksploitasikan oleh syaitan untuk menyesatkan Islam.

Hawa..
Andai engkau remaja, jadilah anak yang soleh bagi ibu bapamu,
Andai engkau sudah bersuami jadilah isteri yang meringankan beban suamimu,
Andai engkau seorang ibu didiklah anakmu sampai ia tidak gentar memperjuangkan agama Allah.

Hawa..
Andai engkau belum menikah, jangan engkau risau akan jodohmu,
Ingatlah Hawa janji Tuhan kita, wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik.
Jangan engkau menggadaikan maruahmu hanya semata-mata kerana seorang lelaki,
Jangan engkau memakai pakaian yang menampakkan susuk tubuhmu hany untuk menarik perhatian dan memikat kaum lelaki, kerana kau bukan memancing hatinya tetapi merangsang nafsunya.

Hawa..
Jangan memulakan pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim
kerana aku khawatir dari mata turun kehati,dari senyuman membawa kesalam, dari salam cenderung kepada pertemuan..takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.

Hawa..
Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa
Lelaki yang soleh tidak memilih wanita kerana keseksiannya,
Lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui keayuannya, kemanjaannya
serta kemampuannya menggoncang keimanan mereka.

Tetapi Hawa..
Lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya, dan agamanya.
Lelaki yang baik tidak menginginkan sebuah pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya, kerana ia takut memberi kesempatan pada syaitan untuk menggodanya.
Lelaki yang warak juga tidak mahu bermain dengan cinta sebabnya dia tahu apa tujuan dalam sebuah hubungan antara lelaki dan wanita yakni PERNIKAHAN.

Oleh itu Hawa..
Jagalah pandanganmu
Jagalah pakainmu
Jagalah akhlakmu
Kuatkan pendirianmu

Andai kata ditakdirkan tiada cinta dari Adam untukmu,
Cukuplah hanya cinta Allah menyinari dan memenuhi jiwamu,
Biarlah hanya cinta ibu bapamu yang memberi kehangatan kebahagiaan buat dirimu
Cukuplah sekadar cinta adik-beradik serta keluarga yang akan membahagiakanmu.

Hawa..
Cintailah Allah dikala susah dan senang, keran engkau
akan memperolehi cinta dari insan yang juga mencintai Allah
Cintailah kedua ibu bapamu kerana kau akan memperolehi keredhaan Illahi
Cintailah keluargamu kerana tiada cinta selain keluarga..

Hawa.. .
Ingatanku yang terakhir..biarlah tangan yang menggoncang buaian ini dapat menggoncangkan dunia dalam mencari keredhaan Illahi

Suatu saat ada yang harus pergi
Suatu saat ada yang akan datang
Mungkin yang pergi tak kan kembali
Dan mungkin yang datang hanya sebentar..



No comments:

Post a Comment