Assalamualaikum,,sekadar ingin
berkongsi pengetahuan tentang seorang tokoh penterjemah jepun yang mampu
menterjemah Al Quran. Semoga mendapat manfaat.
KIsah Seorang Tokoh Penterjemah..
KIsah Seorang Tokoh Penterjemah..
Imam Shūmei
Okawa (大川 周 明 Shūmei Okawa, December 6, 1886 – December 24, 1957)
adalah seorang pejuang nasionalis Jepun, seorang penulis Pan-Asia dan juga
merupakan seorang ulama Islam.Imam Okawa telah
dilahirkan di Sakata, Yamagata, Jepun pada tahun 1886. Beliau berkelulusan dari
Universiti Imperial Tokyo pada tahun 1911, di mana beliau telah mengkaji
Kesusasteraan Vedik dan falsafah klasik India.
Selepas tamat
pengajian, Okawa pernah bekerja di bawah Ketua Turus Angkatan tentera Jepun
melakukan kerja-kerja penterjemahan. Beliau juga mempunyai pengetahuan yang
mantap dalam bahasa Jerman, Perancis, Inggeris, Sanskrit dan Bahasa Arab. Beliau juga
pernah menjadi seorang professor di Universiti Hosei pada tahun 1939. Selepas
beberapa tahun membuat kajian falsafah asing, beliau menjadi semakin yakin
bahawa penyelesaian kepada masalah sosial dan masalah politik yang menekan
Jepun ialah dengan kembali kepada kebangkitan falsafah tradisional ketimuran
Jepun.
Tidak dapat
dipastikan tarikh sebenar beliau memeluk Islam. Namun beberapa bahan penulisan
menyatakan bahawa peranan yang dimainkan oleh beliau dan anak muridnya yang
bernama Toshihiko Izutsu telah didapati boleh menggugat kedudukan pihak penjajah
AS pada ketika itu sehingga menyebabkan beliau telah ditangkap dan disumbatkan
kedalam penjara tentera AS. Imam Shūmei
Ōkawa cukup berpengaruh di dalam kerajaan dan juga sebagai ahli akademik di
Jepun ini telah kategorikan sebagai banduan kelas A (bahaya) oleh pihak tentera
bersekutu.
Beliau telah
dituduh sebagai seorang yang mengalami ketidakstabilan mental sehingga
dimasukkan ke Hospital Tentera AS di Jepun sebelum kemudiannya dipindahkan ke
Tokyo Metropolitan Matsuzawa Hospital, sebuah hospital mental yang terkenal. Beberapa bahan
penulisan menyatakan bahawa Imam Shūmei Ōkawa pernah bermimpi bertemu dengan
Rasulullah saw dan di sepanjang keberadaannya di hospital inilah beliau telah
menyiapkan terjemahan Al Quran ke dalam bahasa Jepun yang pertama. Beliau keluar
daripada hospital tersebut pada tahun 1948 dan balik semula ke kampungnya di
Sakata untuk berdakwah sehingga menghembuskan nafasnya yang terakhir pada tahun
1957.
Subhanallah,
Alhamdulillah…. semua orang yang membaca al Qur’an di Jepun pastinya dapat
mensyukuri nikmat memahami isi pati al Qur’an hasil daripada pengorbanan Imam
Okawa selama ini.
No comments:
Post a Comment